1. Semasa mandi petang, syampu rambut secara rata dari permukaan rambut sehingga ke kulit kepala. Kemudian, urut permukaan rambut sehingga ke kulit kepala secara perlahan-lahan dengan menggunakan sikat rambut (sikat bergigi bulat @tumpul, beruskan dengan lembut). Gosokan dengan menggunakan jari secara kasar akan menyebabkan rambut gugur dan rosak. Cuci rambut dan bilas sehingga bersih dengan memastikan tiada buih-buih syampu yang tertinggal pada kulit kepala
3. Setelah rambut kering, sapukan Minyak Kelapa Dara (Asli) Bio-Asli di kulit kepala secara rata (sebaiknya jam 9.00 malam). Kemudian, biarkan MKD meresap ke dalam kulit kepala dalam jangka masa 2 jam. Proses resapan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Jika berasa gatal, jangan garu kulit kepala dengan jari, sebaik-baiknya gunakan sikat yang matanya lembut (bersifat berus yang lembut) untuk mengurut kulit kepala dan mengelakkan rambut dari gugur.
4. Semasa mandi pagi, rambut boleh dibasahkan dan dicuci tetapi jangan gunakan syampu rambut atau sebarang bahan pencuci yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit kepala (pilih syampu yang sesuai). Selepas mandi, lap rambut yang basah menggunakan tuala bersih dengan lembut. Biasanya, permukaan kulit kepala akan berasa gatal selepas mandi. Bagi mengatasinya, urut kulit kepala menggunakan sikat yang telah dicadangkan secara perlahan-lahan. Biasanya, rasa gatal pada kulit kepala akan hilang dalam masa 1 hari.
Tidak sesuai | Lebih Sesuai | Tidak sesuai | Lebih Sesuai |
Cadangan :Teruskan penggunaan Tonik Rambut Bio-Asli sebagai amalan pemakaian harian bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan subur.