BORANG TEMPAHAN

Untuk beli produk:
1 - beli di sini:
BIOASLI -- www.bioaslipromoter.com/RAZISDYAN
BIORICH -- www.biorich.my/dyanrazis
ATAU
2- email kepada: order.bioasli2u@gmail,com
ATAU
3- isi BORANG TEMPAHAN di bawah.







































Nama:




Email/facebook email:




No. Telefon:




Alamat Penghantaran:




Tempahan (Nama/Kod barang beserta Jumlah):




Cara Pembayaran:

Bank Deposit

Western Union








Click here to create your own form.

KHASIAT & KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA




KHASIAT MINYAK KELAPA DARA
  1. Menghilangkan parut jerawat dan stretch mark bagi wanita yang hamil.  
  2. Tiada masalah keputihan ketika hamil.
  3. Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak dan kering.  
  4. Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolisma.  
  5. Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.  
  6. Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.  
  7. Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.  
  8. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.  
  9. Melindungi tubuh daripada kanser.  
  10. Jerawat cepat susut.  
  11. Sistem penghadaman lebih baik.  
  12. Meningkatkan kesuburan.  
  13. Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.  
  14. Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.  
  15. Batuk dan selsema cepat hilang.  
  16. Mengurangkan tidur berdengkur.  
  17. Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.  
  18. Memperlambatkan proses menopaus bagi wanita.  
  19. Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.  
  20. Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.  
  21. Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.  
  22. Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.  
  23. Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).  
  24. Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi.  
  25. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.  
  26. Terhindar dari segala alahan.  
  27. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

PERBEZAAN MINYAK KELAPA DARA 
DENGAN MINYAK SAYURAN



Minyak Kelapa Dara

Minyak Sayuran




Sebagai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan.
Sebagai sumber makanan. (untuk masakan)






Tidak membebankan organ pankreas.
Sangat membebankan organ pankreas






Lemak tepu rantai sederhana pendek. (MCFA-mudah dihadam)
Lemak tak tepu rantai panjang. (LCFA-hanya sebahagian dapat di hadam).






Sudah mula dihadamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut. (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolisma, bayi pra-matang yang sistem tubuhnya kurang berkembang).
Hanya boleh dihadamkan di hempedu. Perlukan enzim pankreatik dan berbagai enzim untuk memecahkannya kepada unit-unit kecil.






Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima.
Sebahagian tidak dapat dihadam, lalu di simpan di dalam tisu tubuh sebagai lemak.






Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
Lambat menghasilkan tenaga. Ia memerlukan enzim khusus untuk menariknya melalui sel membran mitochondria.






Sel jadi cekap dan efisien.
Sel tidak cekap dan efisien.






Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas.
Mudah terbentuk radikal bebas.






Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh.
Dihasilkan melalui proses penyahbau, pelunturan, proses penghidrogenan sehingga menghasilkan trans fatty asid yang beracun.






Tiada kolesterol.
Mengandungi sejumlah kolesterol.






Mengandungi antara 45 - 55% lauric asid
Hampir tiada asid bermanafaat.






Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.







Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV) (keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru (keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara).







Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan).







Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien).







Meningkatkan daya tahan (endurance).







Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semulajadi)







Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin. (baik untuk warga tua)



[SUMBER: http://bio-asli.com/pro/khasiat.asp?id=RAZISDYAN]


KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA

  1. Menyerupai lemak susu ibu.
  2. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara.
  3. Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)
  4. Antivirus dan antibakteria.

    Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
    Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada  envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan  iaitu  dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organisma berkenaan.
    Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).



  5. Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia.
  6. Dikelaskan sebagai functional food.

    Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.

    Lauric acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

    Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang  mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

    Dr. Halldor  Thormar, ahli sains Icelandic,  telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.

PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA

Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit  ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat. 

Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.

Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.

Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain, menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.

Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.

[SUMBER: http://bio-asli.com/pro/kebaikan.asp?id=RAZISDYAN]



KESAN MKD PADA IBU MENGANDUNG, IBU MENYUSU DAN BAYI SERTA KANAK-KANAK

Ibu sedang mengandung

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar 35% ‘monounsaturated ’ dan 15-20% ‘polyunsaturated’. Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimokrobial  fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid. Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes,  bacteria seumpama Chlamydia dan heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.

Paras kandungan antimikrobial  fatty acids tersebut  mungkin serendah 3-4%  Namun apabila sesaorang ibu  yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka.

Mutakhir ini kajian  telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala  kandungan capric acid  akan bertambah sekitar dua kali ganda. Bagi sesetengah ibu  di beberapa negara,  paras kandungan lauric acid dan capric acid didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6%  (bagi capric acid). Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa. (lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998).

Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka  juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam  dan  ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara  membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.


Ibu dan bayi menyusu

Lemak susu ibu mengandungi asid lemak (fatty asid) yang unik. Ia terdiri daripada 45 hingga 50 peratus 'saturated', sekitar 35 peratus 'monounsaturated', dan sekitar 15 hingga 20 peratus 'polyunsaturated'. Dari keseluruhan 'saturated fatty asid' yang dihasilkan dalam mammary gland, 18 peratus darinya adalah antimikrobial fatty asids, lauric asid dan capric asid. Antimikrobial fatty asids ini memberikan bayi yang disusukan perlindungan dari berbagai virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti chlamydia dan helicobater, protozoa seperti giardia lamblia.

Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan  jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.

Menurut beberapa kajian, tanpa tambahan lauric asid dari pemakanan, susu ibu masih mengandungi sekitar 3 peratus lauric asid dan 1 peratus capric asid yang dihasilkan oleh mammary gland ibu berkenaan, dan tahap kandungan lauric asid dan capric asid yang dihasilkan berbeza diantara setiap ibu yang menyusukan anak. Walau bagaimanapun apabila lauric asid diambil melalui pemakanan seperti lemak kelapa dalam kelapa parut, kandungan lauric asid  di dalam susu ibu bertambah secara ketara  sehingga tiga kali ganda berbanding kandungan asal, sementara  kandungan capric asid bertambah hampir dua kali ganda. Keadaan ini dapat memberikan bayi yang disusukan perlindungan yang lebih dari berbagai virus virus, bakteria dan protozoa.

(Francois CA, Connor SL, Wander Rc, Connor WE. Acute effects of dietary fatty acids on the fatty acids of human milk. American Journal of Clinical Nutrition 1998;67:301-308)


Susu ibu & MCFA

Susu yang kaya dengan MCFA sangat penting untuk petumbuhan dan perkembangan anak yang sehat.  Atas alas an tersebut, MCFA ditambahkan pada kebanyakan susu atau makanan bayi.  Bagaimanapun, asam lemak ini tidak persis sama dengan yang ditemukan secara alami pada air susu ibu.  Pada satu satu ketika para pengeluar susu akan menggunakan minyak kelapa atau minyak kernel sawit asli.  Namun minyak medium-chain triglycerides (minyak MCT) digunakan pada beberapa produk susu kerana minyak MCT merupakan produk industri yang mengandung 75 peratus asid kaprilat dan 25 peratus asid kaprat dengan sedikit asid lauric dan MCFA sebagai antimicrobial paling penting. Perbandingan asam lauric dengan MCFA lain pada minyak kelapa adalah sama dengan pebandingan yang terdapat pada air susu ibu.  Alasan MCT digunakan untuk mengganti minyak kelapa yang lebih mahal hanyalah kerana alasan ekonomi atau adanya perhatian pada kesehatan.  Walaupun  asid kaprilat dan asid kaprat itu baik, namun aia tidak sebaik asam laurat dan tidak sebagus kombinasi ketiganya, seperti yang terdapat secara alami.

Kalau kandungan asid lemak dan kualiti susu dapat diubah, maka bagaimana dengan air susu ibu.  Air susu ibu tidak diragukan lagi sebagai pilihan makanan paling baik untuk bayi.  Namum tidak semua air susu ibu sama kualitinya kerana ia banyak dipengaruhi oleh kesehatan ibu.  Kalau ibu tidak makan bahan yang berkhasiat, tubuh akan mengambil dari jaringannya sendiri.  Kalau ibu kekurangan bahan berkhasiat yang penting, maka susu yang dihasilkannya juga akan kurang.  Sebaliknya kalau ibu makan makanan yang mengadungi racun (seperti asid lemak trans) susunya akan mengandung racun juga.  Oleh itu makan makanan dengan bijak sangat penting bagi wanita yang hamil dan yang menyusui bayinya.

Kelenjar susu menghasilkan sedikit MCFA sebagai komponen utama pada air susu ibu.  Hikmah mengapa MCFA ada didalam susu ibu adalah kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang akan mudah  menyerap dan menggunakannya.  Ia memberi bahan berkhasiat dan tenaga terhadap bayi, yang diperlukannya untuk membesar dan berkembang dengan baik. MCFA juga mempunyai sifat antimikrobial yang memberikan perlindungan kepada bayi terhadap virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti Chlamydia dan H. Pyrolis, kulat seperti candida dan protozoa seperti giardia.

Penelitian pada binatang mahupun manusia telah menunjukkan bahwa MCFA menjadi komponen sangat penting dalam air susu ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan keturunan dengan baik dan benar. Adalah diakui bahawa sememangnya terdapat perbezaan nyata diantara makanan yang mengandungi LCFA (minyak sayur) dengan makanan yang mengandungi MCFA (minyak kelapa) dalam  kelangsungan hidup dan kadar pembesaran. Bayi yang ibunya menerima MCFA membesar lebih cepat, lebih sehat dan mempunyai kadar kelangsungan hidup sebesar 68 peratus berbanding dengan 32 peratus.  Hal ini berlaku terutama bagi bayi yang lahir kekurangan berat badan.

Terakhir satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan  bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemak.  Kesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya  dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan.  MCFA tidak hanya memudahkan bayi menyerap lemak yang diperlukankan namun ia juga memperbaiki penyerapan vitamin, mineral dan protein yang boleh dilarutkan oleh lemak.

Lemak pada air susu ibu mempunyai komposisi asid lemak yang unik.  Komponen utamanya adalah lemak jenuh, yang terdiri sekitar 45-50 peratus kandungan lemak total.  Lemak lain yang paling banyak adalah mono-takjenuh yang menyusun sekiktar 35 peratus lemak susu.  Lemak poli-takjenuh terdiri hanya 15–20 peratus dari lemak total.  Lemak jenuh pada air susu ibu berada dalam bentuk MCFA.  Sayangnya, banyak ibu yang hanya menghasilkan sedikit air susunya, sehingga dapat menimbulkan kesan yang  tidak baik pada kesehatan anak.

Kalau air susu tidak mengandung  cukup MCFA, bayi biasanya menderita kekurangan zat  dan menjadi rentan terhadap penyakit menular.  Maka air susu ibu harus mengandung sebanyak MCFA yang dihasilkan oleh alam.  Hal ini dapat dilakukan dengan diberi banyak makanan yang mengandungi MCFA. Ibu yang menyusui akan menghasilkan susu yang kaya dengan bahan zat yang dapat meningkatkan kesehatan.  Kalau susu lembu dan produk hasilan dari susu lainnya hanya mengandung sedikit MCFA, makanan yang paling kaya dengan MCFA adalah minyak tropika, terutama sekali minyak kelapa.

Asam lemak sebagai antimikrobial adalah cukup rendah, hanya sekitar 3 peratus, namun apabila ibu yang menyusui memakan produk kelapa seperti kelapa parut, santan, minyak kelapa dan lain-lain maka kandungan MCFA dalam susu akan meningkatg secara signifikan.  Misalnya, memakan 40 gram (sekitar 3 sendok makan) minyak kelapa setiap kali makan secara teratur dapat menambah asid laurat pada ibu yang menyusui dari 3.9 % sampai 9.6 % setelah 14 jam.  Kandungan asid kaprilat dan asid kaprat juga bertambah.  “Ini memberikan manfaat penting”; kata Mary G, Enig, Ph.D, seorang ahli ilmu kimia lipid dan Fellow of the American College of Nutrition,  “Air susu telah  meningkatkan jumlah antimicrobial pelindung asid laurat dan asid kaprat, yang memberikan perlindungan lebih besar terhadap bayinya.  “Kalau ibu mengkonsumsi minyak kelapa setiap hari pada saat menyusui, kandungan MCFAnya akan lebih besar.  Persiapan ibu sebaiknya dimulai sebelum bayi dilahirkan.  Wanita hamil menyimpan lemak yang selanjutnya akan digunakan untuk menghasilkan susu.  Setelah bayi dilahirkan asid lemak yang disimpan di dalam tubuh ibu dan juga dari makanan harian akan digunakan dalam produksi susu.  Kalau ibu terus mengambil MCFA dengan banyaknya, terutama asid laurat dan asid kaprat (dua bentuk MCFA (sebagai antimicrobial), maka susunya akan memberi manfaat maksima terhadap bayinya.

Kalau ibu tidak mengambil makanan yang mengandungi MCFA dan tidak makan pada saat menyusui, maka kelenjar susu hanya akan mampu menghasilkan sekitar 3% asid laurat dan 1% asid kaprat.  Akibatnya bayi akan kehilangan nutrisi dan juga perlindungan antimikrobial.


Bayi anda

Minyak Kelapa Dara Pure ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit,  juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana Minyak Kelpa Dara Pure ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda. Kandungan tinggi, sekitar 50% lauric oil dan capric oil yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit bayi anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit (sehingga connective tissue) dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa. Kulit bayi anda akan kelihatan sihat, lembut dan segar selalu. Sebaiknya gunakan minyak ini setiap kali selepas memandikan bayi anda atau selepas menukar lampin  bagi mencegah kudis dan ruam pada bayi. (klik komen pengguna)
Kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun (1 sudu teh 2X sehari )
Bagi yang berumur 13 hingga 100 tahun (2 sudu teh 2X sehari )
Bagi kanak-kanak yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun boleh menggunakan minyak ini untuk kegunaan luar dan dalam badan. Di mana ia sesuai untuk diminum 1 sudu teh selepas sarapan pagi dan selepas minum petang. Manakala bagi mereka yang berumur 13 hingga 100 tahun anda disarankan meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh selepas minum petang. Minyak ini akan bertindak membantu menguatkan sistem imunasi tubuh dengan keupayaan tubuh menukar lauric asid dan capric asid kepada monolaurin dan monocaprin yang bertindak membunuh virus, bakteria dan protozoa dengan cara ia menghancurkan lapisan lipids dan phospholipids virus tersebut. 'Saturated fat' yang terdapat dalam minyak kelapa dara adalah jenis 'medium chain fatty acid'. Dalam tubuh ia dihantar terus ke liver dimana ia terus diubah kepada tenaga, berbanding lain-lain jenis fat yang disimpan didalam sel tubuh (sebagai lemak badan)  Dengan lain perkataan ia lebih mudah dihadamkan dan dipergunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga. Anda akan lebih bertenaga dan kekal cergas.

Minyak Kelapa Dara Pure juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat  umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihata). Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas  radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.